About Me

My photo
Sg. Buloh, Selangor, Malaysia
Everyone Thinks Of Changing The World, But No One Thinks Of Changing Himself. :)

Sunday, November 7, 2010

Wahai kaum muslimah yang dikasihi....renung-renungkanlah.............


Salam...
Wanita , tua dan muda ,  memang mempunyai naluri untuk berhias untuk menjadi cantik ...namun seperti hal hal lain...apa juga yang kita buat perlu bersederhana...



Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud)

Dalam kaum wanita  mengejar gaya hidup terkini , wanita islam terutamanya ada juga yang terlupa bahawa bukan semua benda itu sesuai untuk dipakai ...kebijaksanaan dalam memilih pakaian serta cara menghias diri dapat mencerminkan betapa kita mengambil berat tentang keperibadian islam kita...

Rata-rata wanita kini amat gemar mengenakan tudung dari pelbagai jenama...sememangnya tudung trend terkini cantik dan mendapat tempat dalam kalangan wanita-wanita bertudung...alhamdulillah...dengan adanya keperlbagaian fesyen tudung sedikit sebanyak dapat memberi ruang serta menambat hati wanita yang belum bertudung untuk mencubanya ....cuma isunya sekarang...kini telah menjadi satu trend dimana ramai wanita bertudung gemar bersanggul tinggi ......sedih rasanya bila nampak senario sebegini...seolah-olah mereka tak pernah tahu bahawa bersanggul tinggi itu dilarang dalam Islam..........



“ Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka ( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2
    




  


Semoga apa yang dikongsi bersama dapat memberi iktibar serta peringatan buat diri kita yang sering terlupa dan lalai...


  “Oleh itu berikanlah sahaja peringatan kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)” 
    
[al-Ghasyiah 88: 21-22]